Monday, 7 April 2014

asma sunge rajeh versi sunan muria

Alhamdulillah, banyak perkara saya telah pelajari dari asma sunge rajeh versi sunan muria ini. ilmu ini saya perolehi dari kiyai fathul hidayah. saya masih ingat saat saya pergi menuntut ilmu dengannya. seperti kebiasaan saya akan bermalam di rumahnya. beliau sudah sedia maklum apabila saya ke rumahnya pasti ingin menuntut ilmu hikmah. pada malam itu, dia bertanya ilmu mana yang saya mahukan. jujur saja ketika itu saya masih kebingungan ilmu apa yang saya harus pelajari. terlalu banyak keinginan dalam kalbu. "apa kata kalau kau belajar asma sunge rajeh" beliau mencadangkan. "asma ini multifungsi mengikut niat pengamal" beliau menambah. sememangnya sudah lama saya ingin mempelajari asma sunge rajeh tapi tidak sangka beliau memilikinya. maka saya pun setuju.
pada malam itu, saya di bawa ke luar rumah untuk diijazahkan ilmu asma sunge rajeh. beliau berkata, asma sunge rajeh ini 'keras' kalau diijazahkan dalam rumah boleh menyebabkan rumah roboh. memang saya tahu sedia bahawa asma ini memang keras. bayangkan sahaja kalau boleh melumpuhkan satu kampung kekuatannya. saya pun disuruh pegang segelas air bersama beliau. beliau berkata, ikut apa yang beliau baca dan apabila sudah selesai tiup ke air dan kemudian minum. wah, tak sangka saya diijaazahkan ilmu rajanya kesaktian pada malam itu.
sebelum balik ke kampung halaman, saya diberi pesan tatacara pengamalannya. "asma ini diamalkan diluar rumah selama 7 hari. selama 7 hari jangan dibaca dalam rumah dan di depan perempuan mengandung kerana boleh menyebabkan keguguran." begitulah sedikit sebanyak pesan beliau. selama 7 hari saya beramal asma sunge rajeh ini di luar rumah. antara perkara pelik ketika saya beramal ialah saya terasa ada kekuatan yang keluar dari badan seperti tenaga dalam. selain itu, saya  meraga sukma sewaktu tidur tengah hari sedangkan saya tidak membaca amalan meraga sukma. 
asma ini semangnya istimewa dalam hidup saya kerana banyak masalah saya dapat saya atasi dengan keberkatannya. contohnya ketika saya dihadang oleh orang mabuk, saya baca dan kemudian tiup kepadanya, orang mabuk tersebut ketakutan dan kemudian minggir. ketika saya demam, saya bacakan pada air dan kemudian minum, alhamdulillah sembuh. dan banyak lagi khasiatnya. kini saya memiliki beberapa orang anak murid yang mempunyai asma sunge rajeh. mereka adalah anak-anak muda kampung saya. saya harap mereka dapat melindungi kampung ketika saya tidak berada di sana apabila terjadi sesuatu peperangan atau pergaduhan. itulah harapan saya.
mungkin ada yang berminat untuk mempelajarinya. kalau berminat, sms ke 0148674026.. Mahar; ikhlas sahaja..

No comments:

Post a Comment