Tuesday, 8 April 2014

Nasihat imam Al-ghazali

Salah satu tokoh dalam islam yang menjadi idola saya ialah Imam Al Ghazali. saya sanjung beliau kerana cara dia berfikir dalam menilai dan mentafsir sesuatu ilmu dengan tuntasnya. dari bidang kerohanian, beliau adalah seorang sufi yang memiliki ilmu yang dalam bidang kerohanian. saya begitu terkesan dengan nasihatnya. antara nasihatnya ialah;

1. Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, malah jangan bertemu dengan mereka. Bejumpa dan bergaul dengan mereka banyak padahnya. Dan sekiranya kamu terpaksa, maka jangan sekali-kali memuji mereka. Kerana Allah amat murka sekiranya orang fasik dan zalim dipuji. Dan sesiapa yang mendoakan panjang umur mereka, maka dia sebenarnya suka agar Allah didurhakai di muka bumi.
2. Jangan menerima apa-apa pemberian daripada golongan pembesar, walaupun kamu tahu pemberian itu adalah dari sumber yang halal. Sikap tamakkan pemberian mereka akan merosakkan agama. Dari situ akan timbul rasa simpati terhadap mereka. Kamu akan mula menjaga kepentingan mereka dan berdiam diri terhadap kezaliman yang mereka lakukan. Ini semua akan merosakkan agama. Dan sekecil-kecil mudarat ialah apabila kamu menerima pemberian mereka, kamu akan merasa sayang terhadap mereka. Seterusnya kamu akan mendoakan agar mereka kekal lama pada kedudukan mereka. Mengharapkan seseorang yang zalim itu kekal lama pada tempatnya, adalah seperti mengharapkan kezaliman terus berpanjangan ke atas hamba-hamba Allah dan agar alam ini musnah sepenuhnya. Apa lagi yang lebih buruk daripada itu terhadap agama ini? Kamujuga harus berwaspada agar tidak disesatkan oleh syaitan melalui kata-kata sebahagian manusia kepadamu, "Lebih baik kau ambil wang yang mereka berikan itu. Kamu boleh membahagikannya kepada fakir miskin. Kalau engkau biarkan mereka membelanjakan wang tersebut, sudah tentu mereka menggunakannya untuk kemaksiatan." Sesungguhnya ramai manusia telah disesatkan oleh syaitan dengan cara ini. Semuanya telah termaktub di dalam kitab Ihya': carilah di sana.

Monday, 7 April 2014

Ku mohon ampunan Mu ya Allah

Nabi saw bersabda "barangsiapa yang membiasakan istighfar (meminta ampun), nescaya Allah akan menjadikan (memberikan) jalan keluar baginya dari segala kesulitan (kesempitan) dan memberikan kesenangan dalam segala kesusahan, serta memberinya reseki dari arah yang tidak terduga" HR. Abu Dawud,Ahmad, Ibnu Majah dan Hakim dari Ibnu Abbas.
Melihat kepada hadis tersebut, sayugialah seorang hamba apabila ditimpa musibah ataupun kekurangan rezeki, memperbanyakkan ucapan istighfar. begitu juga mereka yang ingin rezeki yang cukup dan banyak. Selain terampun dosa, rezeki Allah limpahkan melimpah ruah. Tidakkah Allah begitu penyayang? walaupun hamba-Nya berbuat dosa, kemudian minta ampun. Allah begitu suka, sebagai ganjarannya Dia ampunkan dosa dan bonusnya rezeki yang banyak diberikan, kesulitan dibuka, diberi jalan keluar dari masalah. Siapakah paling berbudi di alam semesta ini selain Allah? adakah  ada yang dapat menandingi kebaikan sifat pengasih-Nya? jawapan ada dalam diri kita... i love you Allah.. biarkan cinta itu abadi ya Allah.. amiinnnn

Tika kita bersedih, ke mana harus dituju..

Setiap manusia memerlukan penolong yang bisa menolongnya saat menerima musibah, saat ditimpa duka dan sengsara, dan saat hati gundah gulana. Sungguh yang paling bisa menolong kita hanyalah Allah S.W.T. Bagaimana mungkin sesuatu itu terjadi melainkan dengan izin-Nya. siapakah yang memberi BALA? bukankah Allah yg mentakdirkan. bagaimana boleh terangkat bala kalau bukan dengan kehendak-Nya kerana Dia yg meletakkan? :) Bila Allah mentakdirkan kesusahan, kesulitan, bencana sebenarnya dia ingin kita datang kepada-Nya dan sebenarnya semua itu jemputan-Nya supaya kembali kepada-Nya. Dia tidak ingin kita jauh dari-Nya kerana sayangnya Dia kepada kita semua.. seolah-olah Allah berkata kepada hamba-Nya "kembali, kerana Aku rindu wajahmu menghadap Ku".
Tika kita ditimpa ujian ucapkanlah "hasbunallahu wani'mal wakil".. cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.. sungguh kalimat ini memiliki nilai spiritual yang tinggi di sisi Allah S.W.T..

asma sunge rajeh versi sunan muria

Alhamdulillah, banyak perkara saya telah pelajari dari asma sunge rajeh versi sunan muria ini. ilmu ini saya perolehi dari kiyai fathul hidayah. saya masih ingat saat saya pergi menuntut ilmu dengannya. seperti kebiasaan saya akan bermalam di rumahnya. beliau sudah sedia maklum apabila saya ke rumahnya pasti ingin menuntut ilmu hikmah. pada malam itu, dia bertanya ilmu mana yang saya mahukan. jujur saja ketika itu saya masih kebingungan ilmu apa yang saya harus pelajari. terlalu banyak keinginan dalam kalbu. "apa kata kalau kau belajar asma sunge rajeh" beliau mencadangkan. "asma ini multifungsi mengikut niat pengamal" beliau menambah. sememangnya sudah lama saya ingin mempelajari asma sunge rajeh tapi tidak sangka beliau memilikinya. maka saya pun setuju.
pada malam itu, saya di bawa ke luar rumah untuk diijazahkan ilmu asma sunge rajeh. beliau berkata, asma sunge rajeh ini 'keras' kalau diijazahkan dalam rumah boleh menyebabkan rumah roboh. memang saya tahu sedia bahawa asma ini memang keras. bayangkan sahaja kalau boleh melumpuhkan satu kampung kekuatannya. saya pun disuruh pegang segelas air bersama beliau. beliau berkata, ikut apa yang beliau baca dan apabila sudah selesai tiup ke air dan kemudian minum. wah, tak sangka saya diijaazahkan ilmu rajanya kesaktian pada malam itu.
sebelum balik ke kampung halaman, saya diberi pesan tatacara pengamalannya. "asma ini diamalkan diluar rumah selama 7 hari. selama 7 hari jangan dibaca dalam rumah dan di depan perempuan mengandung kerana boleh menyebabkan keguguran." begitulah sedikit sebanyak pesan beliau. selama 7 hari saya beramal asma sunge rajeh ini di luar rumah. antara perkara pelik ketika saya beramal ialah saya terasa ada kekuatan yang keluar dari badan seperti tenaga dalam. selain itu, saya  meraga sukma sewaktu tidur tengah hari sedangkan saya tidak membaca amalan meraga sukma. 
asma ini semangnya istimewa dalam hidup saya kerana banyak masalah saya dapat saya atasi dengan keberkatannya. contohnya ketika saya dihadang oleh orang mabuk, saya baca dan kemudian tiup kepadanya, orang mabuk tersebut ketakutan dan kemudian minggir. ketika saya demam, saya bacakan pada air dan kemudian minum, alhamdulillah sembuh. dan banyak lagi khasiatnya. kini saya memiliki beberapa orang anak murid yang mempunyai asma sunge rajeh. mereka adalah anak-anak muda kampung saya. saya harap mereka dapat melindungi kampung ketika saya tidak berada di sana apabila terjadi sesuatu peperangan atau pergaduhan. itulah harapan saya.
mungkin ada yang berminat untuk mempelajarinya. kalau berminat, sms ke 0148674026.. Mahar; ikhlas sahaja..