Salah satu tokoh dalam islam yang menjadi idola saya ialah Imam Al Ghazali. saya sanjung beliau kerana cara dia berfikir dalam menilai dan mentafsir sesuatu ilmu dengan tuntasnya. dari bidang kerohanian, beliau adalah seorang sufi yang memiliki ilmu yang dalam bidang kerohanian. saya begitu terkesan dengan nasihatnya. antara nasihatnya ialah;
1.
Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, malah jangan
bertemu dengan mereka. Bejumpa dan bergaul dengan mereka banyak padahnya. Dan
sekiranya kamu terpaksa, maka jangan sekali-kali memuji mereka. Kerana Allah
amat murka sekiranya orang fasik dan zalim dipuji. Dan sesiapa yang mendoakan
panjang umur mereka, maka dia sebenarnya suka agar Allah didurhakai di muka
bumi.
2.
Jangan menerima apa-apa pemberian daripada golongan pembesar, walaupun kamu
tahu pemberian itu adalah dari sumber yang halal. Sikap tamakkan pemberian
mereka akan merosakkan agama. Dari situ akan timbul rasa simpati terhadap
mereka. Kamu akan mula menjaga kepentingan mereka dan berdiam diri terhadap
kezaliman yang mereka lakukan. Ini semua akan merosakkan agama. Dan sekecil-kecil
mudarat ialah apabila kamu menerima pemberian mereka, kamu akan merasa sayang
terhadap mereka. Seterusnya kamu akan mendoakan agar mereka kekal lama pada
kedudukan mereka. Mengharapkan seseorang yang zalim itu kekal lama pada
tempatnya, adalah seperti mengharapkan kezaliman terus berpanjangan ke atas
hamba-hamba Allah dan agar alam ini musnah sepenuhnya. Apa lagi yang lebih
buruk daripada itu terhadap agama ini? Kamujuga harus berwaspada agar tidak
disesatkan oleh syaitan melalui kata-kata sebahagian manusia kepadamu,
"Lebih baik kau ambil wang yang mereka berikan itu. Kamu boleh
membahagikannya kepada fakir miskin. Kalau engkau biarkan mereka membelanjakan
wang tersebut, sudah tentu mereka menggunakannya untuk kemaksiatan."
Sesungguhnya ramai manusia telah disesatkan oleh syaitan dengan cara ini.
Semuanya telah termaktub di dalam kitab Ihya': carilah di sana.

